Halaman

GMOYZSTUDIO

Selasa, 4 Februari 2014

REUNION S.K. KETING 1997/ 2002 KALI KE-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali nih, nak kongsi sedikit mengenai budak-budak Sekolah Kebangsaan Keting batch 1997/ 2002. Cerita ini bermula dengan konflik! Yep, setelah tamat darjah enam, aku telah terbuang dari kampung dek kerana dihantar belajar ke tempat yang sedikit jauh dari kampung, tambahan pula terpaksa tinggal di asrama. Jadi hubungan persahabatan antara kawan-kawan aku dengan aku ketika di seklolah rendah renggang sedikit. Tatkala balik kampung bercuti, aku hanya sekadar melambai dan tersengih sekiranya terserempak dengan mereka.

Reunion pertama ketika, Hari Raya Aidilfitri, September 2011, di halaman Sekolah Kebangsaan Keting

Reunion kali kedua, pada Ogos 2012, di Pantai Melawi

Asalnya, ketika di darjah enam boleh dikatakan masing-masing berkawan rapat. Walaupun terdapat dua kelas yang memisahkan kesemuanya, Kelas Amanah & Kelas Ikhlas. Namun dek kerana tinggal sekampung, masing-masing ibarat adik beradik. Di pihak aku pula, seperti yang telah diterangkan, aku sedikit terasa kehilangan, walaupun mendapat kawan-kawan baru di tempat baru.

Reunion kali ke 3, pada Februari 2013, di Lata Tembakah

Jumaat, 24 Januari 2014

SESI MELEPASKAN STRESS: feat. SOHAIMI JENIANG @ PUTRAJAYA

Tu dia!
Dia dah mai!
Kali nih, sesi melepaskan stress, aku bersama bakal pengantin baru, yakni member aku, Sohaimi Jeniang. Jeniang merujuk kepada nama tempat di Kedah, sebab dia asal orang Kedah. Dia pakai Nikon aku pakai Canon, dua-dua beginner level, takde konflik takde gaduh dan tiada apa-apa masalah.

Sebut pasal jenama kamera nih, teringat aku pasal soalan-soalan yang diajukan tatkala seseorang yang baru ingin melangkah ke alam fotografi DSLR nih, iaitu soalan yang paling epic sekali, "Nikon atau Canon?". Soalan tersebut membawa makna lebih kurang, "yang mana patut saya beli, Canon atau Nikon?". Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan kalau diterangkan kepada mereka yang bertanya, biasanya aku akan jawab "errmmmm!.....errmmmmm!.....tak tau lah....". Bukan apa, sebab aku nih bukan jenis BRAND-MANIAC sangat, paling tidak aku akan jawab, Olympus, Lumix, Pentax, Sony pon OK jugak.

Tak kisahlah anda beli dan pakai kamera jenama apa pun, yang penting, kata Mat Granger, "GET YOUR GEAR OUT", dan satu lagi kata-kata daripada Chase Jarvis, "THE BEST CAMERA IS THE ONE THAT'S WITH YOU".

Kat bawah ni ada sedikit gambar hasil outing ngan orang kedah, tiada apa-apa yang special, hanya gambar bunga dan pemandangan, enjoy.



Sohaimi Jeniang beraksi

Rabu, 22 Januari 2014

SESI MELEPASKAN STRESS: FOTO ALAM SEMULA JADI

Wow! lama gila tak update blog. Bila dah sibuk bekerja memang inilah makan dia! Apa-apa pun, semenjak dua menjak nih aku cuba mencari masa untuk melepaskan stress melalui salah satu hobi aku iaitu, fotografi. Memandangkan aku baru tukar gear fotografi aku, jadi dengan rasa gembiranya, aku dapat melaksanakan hobi aku itu yang aku kira hampir sebulan lebih jugak lah tidak terlaksana.

Sedikit maklumat mengenai kamera dan lens yang aku pakai, kedua-duanya baru diangkat daripada trusted seller, melalui laman sesawang lowyat forum garagesale, dan mudah.my. kamera yang aku guna ialah Canon 600D, dan lens pula, Canon EF 28-135 f3.5/5.6  IS USM.

Kombinasi kedua-dua lens dan kamera ini, sememangnya lebih memuaskan berbanding menggunakan kombinasi kitlens EF-S 18-55, walaupun kehilangan sedikit keluasan sudut pandang, yakni 28mm berbanding 18mm, aku rasa untuk setakat ini, bukanlah faktor yang besar yang perlu dirisaukan. seperti salah seorang senior aku yang juga menggunakan lens yang bermula dengan 28mm, dan untuk pengetahuan, setakat ni, dalam sebulan mesti ada sahaja yang panggil dia untuk ambil gambar majlis perkahwinan, dan dia mampu bertahan selama 3 tahun sejak daripada dia mula-mula membeli lens tersebut.

Kat bawah ni ada sedikit gambar semasa sesi melepaskan stress, lokasinya di UPM Serdang, belakang Kolej Pendeta Za'ba. Enjoy...




Sabtu, 2 November 2013

SEMUA TENTANG KONVOKESYENKU

Seminggu yang lepas merupakan salah satu tanda aras penting dalam hidup aku. Setelah 4 tahun bertungkus-lumus memerah otak, melempias tenaga, bersengkang mata dan macam-macam lagi yang dibuat, akhirnya dengan kehendak Yang Maha Esa, aku telah bergelar graduan, dan secara automatiknya Alumni Universiti Putra Malaysia.

Jujurnya, keraguan itu tetap ada dalam usaha untuk menggapai kejayaan, namun, kerana berkat doa ibu bapa dan sedikit sebanyak usaha aku berserta keyakinan terhadap qada' dan qadar Allah S.W.T, keraguan itu mendatangkan salah satu anugerah Allah yang aku amat syukuri.

Bergelar graduan bukanlah satu perkara luar biasa pada zaman sekarang memandangkan terlalu banyak graduan-graduan sebelum ini yang masih belum mencapai keperluan mereka yang utama selepas bergraduat, iaitu berkerja. Masih ramai graduan yang 'menanam anggur' kerana kurang peluang pekerjaan atau ada kemungkinan juga kurang rajin mencari peluang kerjaya. 

Apa-apa pun yang penting aku perlu berusaha, yakin dan tawakkal dalam perjalananku menempuhi alam pekerjaan nanti yang aku pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran, dan aku berharap agar Allah S.W.T mempermudahkan segala urusanku serta sahabat-sahabatku yang turut sama menghadapai cabaran-cabaran mereka.

Akhir sekali aku nak ucap berjuta-juta terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang bertungkus-lumus memberi kuliah, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa ada ketika diperlukan, termasuk juga pihak pengurusan Kolej Pendeta Za'ba yang turut memberi semangat dan dorongan dan yang paling penting ialah kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, dan semua ahli keluaga yang sentiasa menjadi pemberi semangat kepada aku. Kat bawah ni ada sedikit gambar-gambar bersama sahabat-sahabat yang turut bergelar graduan, ketika konvokesyen di Universiti Putra Malaysia,











APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Selasa, 10 September 2013

DAHULUKAN KELUARGA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua, dah dua bulan lebih dah tak update blog, asyik sangat dengan suasana kampung halaman yang dirasakan tidak akan sesekali pernah puas menikmatinya. Bersama sekalian keluarga dan saudara mara yang mengisi segenap masa dan ruang hidup menjadikannya lebih bermakna lagi.




Dahulukanlah keluarga, sebagaimana kita semua didahulukan oleh ibu bapa kita semasa kita masih kecil, menangis sikit, ibu kita dah gusar, apa yang tidak kena dengan kita, lampin kotor ditukar, jika lapar diberi susu, perut kembung disapu minyak, dan macam-macam lagilah.





Walaupun sudah dewasa, jangan sesekali dilupakan asal usul yang menjadikan siapa kita hari ini. Zaman sekarang nih, terutamanya perantau di kota, walaupun masing-masing mungkin sibuk dengan urusan masing-masing, usah dicari alasan untuk tidak pulang ke kampung halaman. Carilah walau sedetik masa untuk bersama ayah bonda di kampung.

Bersama entri nih jugak, saya ingin memohon kemaafan daripada semua yang mengenali ibu bapa saya yang bakal menunaikan haji dan akan bertolak pergi ke Mekah pada 17 September ini. Diharap semua salah silap sekiranya ada dapat diampunkan semua.



P/S: Gambar-gambar diatas diambil ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, hanya sekadar gambar hiasan untuk menunjukkan kemeriahan bila bersama keluarga dan sanak saudara.


APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!