Halaman

GMOYZSTUDIO

Jumaat, 13 April 2012

STREET PHOTOGRAPHY: MARKAS PAS, BANDAR KOTA BHARU, CERAMAH AGAMA

(P/S: Entry ini tiada kena mengena dengan isu kepolitikan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ya, sepertimana tajuk di atas, sekali lagi aku keluar pergi street shooting kat ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Niat sebenar nak dengar ceramah yang disampaikan oleh guru-guru agama. Sebab pada mulanya, mak sedara aku ajak, katanya Tok Guru Nik Abdul Aziz nak bagi ceramah agama. Jadi aku ikutlah. Disebabkan tangan aku nih masih gatal nak amik gambar, jadi aku pun terbawaklah sekali kamera aku.
Berbalik kepada ceramah tadi, rupa-rupanya Tok Guru tak beri ceramah, yang beri ceramah antaranya ialah Ustaz Nasrudin. Kalau tak kenal buat2 kenal yop.
Gambar2 kat bawah nih aje yang sempat aku amik, sebab khusyuk dengar ceramah. Best!!!...enjoy:

Ramainya orang

Rabu, 11 April 2012

STREET PHOTOGRAPHY: PASIR MAS, RANTAU PANJANG & MASJID BEIJING

Dah lama aku follow blog-blog street photographer. Bila tengok diorang post gambar-gambar yang menarik terasa macam nak buat macam diorang. Jadi Hari ini aku berpeluang untuk mencuba salah satu genre fotografi yang ditafsirkan oleh photographer2 profesional sebagai salah satu genre yang agak abstrak dan susah untuk dikuasai sekiranya tidak kena dengan caranya, iaitu, street photography.
Setelah mencubanya baru aku tahu apa yang dikatakan oleh mereka ada benarnya, perasaan malu dan takut adalah antara benteng yang amat sukar untuk diruntuhkan dalam street photography. Kalau korang nak tahu lebih lanjut apa yang aku maksudkan dengan street photography, korang boleh lawat blog list PROTOGRAPHER kat sidebar blog aku.
Kat bawah ni, gambar2 yang aku ambil semasa mencuba street photography nih, enjoy:

Teliti

Selasa, 10 April 2012

KAMPUNG, KAMBING & KEDAMAIAN

Seminggu cuti kat kampung, biasanya aku tak buat rancangan sangat nak pi keluar jalan-jalan. Jadi lepak kat rumah dan mengembala kambing kat belakang rumah aku memang sudah menjadi kemestian tiap kali balik bercuti. Kepada siapa-siapa yang berminat untuk membeli kambing daripada ayah aku, dipersilakanlah ( Hehe, promote bisness keluarga skit). Mana tahu nak buat aqiqah ke =). Kampung aku kat Bachok, Kelantan. Kalau berminat boleh comment kat bawah.
OK, cukup cerita pasal bisness, aku sebenarnya nak cerita pasal aku suka amik gambar kat kampung aku. hidup kat kampung jauh sangat beza dengan hidup kat bandar. Itulah, bila balik ke kampung, rasa seronok dia tak sama dengan rasa seronok kalau nak pegi melancong.
Aku nak kongsi sikit gambar-gambar yang aku ambil setelah 3 hari cuti kat kampung, enjoy :-)
 (P/S: banyak gambar kambing)
Salah seekor kucing kat rumah aku, ada empat ekor semuanya.

Isnin, 9 April 2012

O..O..O..BALIK KAMPUNG

Yay, balik kampung seminggu. Tajuk entry macam da balik kampung selama-lamanya. Cuti pertengahan semester, biasanya aku tak balik sebab kejap sangat, seminggu jer, tapi kali nih balik sebab kawan aku ajak. Sebelum terlupa, mari sama2 kita sedekahkan al-Fatihah kepada tokki kawan yang ajak aku balik sekali. Takziah kepadanya, semoga arwah tokkinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kat bawah nih sedikit gambar yang aku amik ketika dalam perjalanan pulang, enjoy:

Nike, hoyeah..SUKZA...=)

Jumaat, 6 April 2012

DI MAJLIS PERSANDINGAN: RIZAL DAN EYLA

Minggu lepas, aku berpeluang menghadiri majlis perkahwinan tutor aku iaitu En. Rizal, tahniah lah kat beliau kerana akhirnya berumah tangga jua. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa.
Sedikit gambar candid yang sempat aku ambil, enjoy it:


Sweet Couple