ya,
tidak sama sekali,
atau ragu-ragu.
Setelah mendengar ceramah yang agak menyentuh hati dan perasaan, persoalan ini timbul dalam kotak pemikiran aku. Beliau, Ahmad Khairiri Md. Yusop, penceramah, adalah seorang penderma hati kepada seorang kanak-kanak, Mohd Yohitt Mohd Farhan Kutty Krishnan, yang langsung tiada pertalian darah dengannya. Kanak-kanak tersebut telah disahkan menghidap penyakit yang memerlukannya membuat pemindahan hati dengan segera.
Ahmad Khairiri mendapat panggilan daripada ayah kanak-kanak tersebut yang memintanya untuk menjadi penderma hati kepada Mohd Yohitt. Selepas membuat beberapa pertemuan dengan keluarga Mohd Yohitt, Ahmad Khairiri bersetuju menderma hatinya kepada kanak-kanak tersebut.
Beliau sebenarnya telah bernekad untuk menjadi penderma hati selepas satu kejadian yang telah menimpa anaknya, dimana anaknya perlu membuat pembedahan untuk memasukkan balik usus besar yang terkeluar, dan pembedahan tersebut memerlukan sejumlah wang yang besar. Setelah belaiu secara tidak sengaja menceritakan masalahnya itu kepada bosnya, bosnya dengan ringan tangan menghulurkan sejumlah wang berbentuk cek untuk menanggung kos pembedahan anaknya itu.
Dari situlah timbul satu perasaan dalam diri Ahmad Khairiri untuk membantu orang lain, dan insan yang bertuah yang mendapat batuan daripada beliau ialah adik Mohd Yohitt. Walaupun setelah berjaya membuat pemindahan hati, adik Yohitt mengalami beberapa komplikasi dan dia pergi menyahut seruan Ilahi setelah tiga minggu membuat pemindahn hati.
Itu adalah cerita seorang rakyat biasa yang perihatin akan kesusahan yang dialami orang lain. Mampukah kita menjadi sepertinya? Mampukah kita menjadi perihatin sepertinya? Sebenarnya, kebanyakkan kita mampu untuk menjadi perihatin, tapi persoalannya "SANGGUPKAH KITA?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan