Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 15 April 2013

SAMBIL LEWA DI PORT DICKSON

Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada pembaca, hari terakhir cuti pertengahan semester aku berpeluang menggelumangkan diri aku dengan air pantai di Port Dickson besama sahabat handai dari Kolej Pendeta Za'ba UPM.

Adapun airnya tidaklah secantik di kepulauan Tioman, namun kemasinannya tetap terasa. Kelapangan yang terasa sebaik mencecah kaki ke dataran pasir pantai membuat aku bersyukur ke hadarat Ilahi kerana masih berpeluang menikmati alam ciptaan-Nya.

Bersama sahabat-sahabat yang tatkala masa aku diluangkan bersama dengan mereka sedikit-sebanyak menjadi penawar di kala kesepian. Memikirkan pelbagai karenah dan keserabutan yang bakal datang menjamu bilamana cuti berakhir dan kuliah bermula, ada baiknya masa-masa itu aku manfaatkan sebaiknya.

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal yang menggigit otot-otot dan tulang temulang pada tubuh aku sebaik senja merapati ufuk barat. Keletihan petanda aku betul-betul mengerah tenaga berseronok bersama sahabat-sahabat tersayang.

Gambar-gamabr pada unjuran di bawah, sedikit-sebanyak dapat aku kongsikan ketika bersama mereka untuk snatapan pembaca, semoga terhibur.

(P/S: Penulisan diatas adalah hasil pengaruh daripada subjek Penulisan Kreatif yang aku ambil 3 semester yang lepas....LOL)



















APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan