Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 6 September 2012

BILA BUDAK BARU MASUK U

Sudah menjadi lumrah bagi setiap universiti di Malaysia ini menerima pelajar baharu saban tahun samada dari Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi dan Diploma.

Dan juga, sudah menjadi kebiasaan, bagi pelajar-pelajar baharu tersebut menjalani minggu orientasi, iaitu minggu suai kenal dengan universiti yang bakal menjadi tempat menadah ilmu dalam beberapa tahun yang akan datang

Sesi pendaftaran

Ahli keluarga yang datang menemani anak-anak mereka yang berjaya memperoleh tempat di sini

Selain itu, turut menjadi kepastian ialah kehadiran pemudah cara yang menjadi kaki tangan tambahan pihak universiti yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior bagi membantu melancarkan proses suai kenal pelajar-pelajar baharu.

Pemudah cara sedang menjalankan tugas

Sesi bersama pelajar baharu

Kali ini adalah kali kedua aku terlibat dalam acara tahunan sebegini. Penglibatan kali ini mungkin juga proses suai kenal dengan pelajar baharu yang terakhir bagi aku kerana ini adalah tahun terakhir aku berada di sini. Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun keletihan sentiasa menghantui saban hari.

Keletihan

Muka-muka yang suci lagi bersih, orang putih kata INNOCENT FACES!

Walau apa pun semoga pelajar-pelajar baharu ini dapat menyesuaikan diri dengan cepat di universiti ini apa yang baik diambil untuk dijadikan tauladan dan menjadi pengalaman berharga bagi menempuhi hari yang mendatang.

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan