Assalamualaikum, hujung minggu yang serba tenang ini, sedang aku tengah belek2 gambar2 masa ekspedisi mahasiswa kat terengganu minggu lepas, aku terhenti dekat set gambar semasa singgah kat kedai Air Buah Gelas Besar.
Kali nih, aku bukan nak cerita pasal Air buah gelas besar tuh , tapi nak cerita pasal masa2 yang diluangkan bersama sahabat handai. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dalam konteks sahabat pula, kalau kita tak kenal dia maka kita rasa tidak selesa sekiranya bersama dengan dia. Orang kata janggal atau kekok. Tapi bila kita saling mengenali hati budi masing-masing, maka pada ketika itulah kita dapat menghargai sahabat kita.
Manusia tak lari daripada kesilapan, sama juga dengan sahabat-sahabat kita. Sekiranya sahabat kita bersalah dalam sesuatu hal hendaklah kita menegurnya begitulah juga sebaliknya. Sesetengah orang ada juga berpendapat bahawa, sahabat baik kadang-kadang susah kita nak tegur kalau dia silap, sebab takut hati dia terluka.
"Perghhh...Der, lembut sangat tu der, jangan jadi sayur."
Kena ingat, sahabat kita pun mengharap sebenarnya untuk kita menegur mereka.
Apa-apa pun kat bawah nih, sedikit gambar masa singgah kat kedai air buah gelas besar, enjoy:
|
Sambil2 tunggu air buah |
|
Takde keje sangat dah |
|
Yay! Air buah dah sampai |
|
Hirupan pertama dengan penuh nikmat |
|
Aaahh! Hilang dahaga |
|
Ooopp! Minum pon kene posing dulu |
|
Yeah! Tak sah kalau datang Terengganu tak order keropok Losong |
|
Keropok losong dari dekat |
|
Air buah memang sedap |
APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!
pose yg cantik:-)hebat si photographer!
BalasPadammaseh2...
Padamcantiknyee gamba. *jeles jeles. =)
BalasPadammaseh2...mna gamba2 drpd kamera baru tuh.....
BalasPadam