Halaman

GMOYZSTUDIO

Selasa, 2 Julai 2013

KPZ, UPM: MEMORI 4 TAHUN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, 4 tahun bukanlah masa yang singkat,
namun kerana tiap-tiap hari yang dilalui membuahkan beribu kenangan, ianya terasa seperti semalam sahaja
baru menjejakkan kaki ke Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kenangan yang selepas ini
mungkin akan menjadi ingatan yang berkekalan sehingga ke akhirnya.

Pertamanya, aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk mengenali tempat yang aku
anggap rumah kedua aku, kerana didalamnya terbina satu jalinan ukhuwah yang akan aku kekalan sehingga
hujung nyawa. Hubungan persahabatan yang terjalin ibarat sebuah hubungan kekeluargaan yang selama aku
tinggal di sini, menjadi peneman di kala saat suka dan duka.

Semoga sahabat-sahabat yang aku kenali terus berjaya dalam hidup masing-masing. Sekiranya takdir Allah
menetukan untuk kita berjumpa lagi, InsyaAllah, akan aku tunggu waktu dan saat itu.

(2010)Majlis Tertinggi Mahasiswa 2010/2011
(2011) Budak-budak Bachelor Komunikasi Penyiaran: Baru lepas menang Video PSA terbaik FFVPM 8

(2011)KPZ Touch Footy Team 2011


(2012) Jawatankuasa Pelaksana Make it Right Campaign 2012

(2012) Steamboat MAEP: Melahap dengan Mohd Iqbal (Ex- coursemate)

(2012) Trip Sungai Chiling

(2013) Rungkas Bukit Broga bersama Budak2 beringus

(2013) KPZ Sepak Takraw

(2013) Ex-Coursemate Sains Komputer Multimedia
(2013) Warga Blok Pintar KPZ 2012/2013

(2013) Majlis Tertinggi Mahasiswa 2012/2013

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Sabtu, 1 Jun 2013

MACRO: FOCUS STACKING

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, dalam entry kali nih nak kongsi sikit mengenai satu teknik post-rocessing gambar macro yang dikenali sebagai 'focus stacking'.

Hasil satu gambar macro yang biasanya mempunyai bahagian kawasan fokus yang kecil kerana subjek terlalu dekat dengan kamera kadang-kadang kurang memuaskan hati jurugambar, jadi teknik focus stacking bolehlah digunakan dengan menyusun beberapa keping gambar sama yang mempunyai kawasan fokus yang berbeza (yang anda mahukan) untuk mendapatkan hasil gambar dimana subjek di dalam gambar dalam keadaan yang lebih sharp dan fokus.

Software yang digunakan biasanya Adobe Photoshop, namun ada juga software-software lain yang mampu membuat teknik focus stacking ini. Selain itu penggunaan tripod adalah sangat-sangat digalakkan kerana untuk memastikan komposisi gambar konsisten dan untuk memudahkan lagi software memproses gambar.

Kepada yang hendak mencuba, kat bawah ni ada sebuah video tutorial FOCUS STACKING


Dan Ini pula adalah cubaan kali pertama saya mengguna pakai teknik ini, enjoy:

Hasil Focus Stacking
Kat bawah ni pula adalah susunan gambar yang mempunyai kawasan fokus yang berbeza:

Selasa, 28 Mei 2013

EKSPIDISI MAHASISWA 3: PROGRAM ANAK ANGKAT, SANGLANG, PERLIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, kali ni nak ceghita sikit pasai program yang baru sahaja ce' selesai join hujung minggu lepaih. Ce' pi Utara untuk program anak angkat kat sempadan Kedah-Perlis, iaitu Sanglang, dekat Kampung Rama dan Kampung Permatang Keriang (bukan Permatang Pauh na).

Seghonok habaq hang dapat keluarga angkat yang sempoi lagi friendly kat Perlis nih. Tuu Diaa!, baru tiga hari kat utara, loghat pon dah tertukaq na.

Mula-mula memang sedikit janggal sebab tiba-tiba kena tidoq kat rumah orang yang tak dikenali, tapi lepas mendapat layanan ibarat anak sendiri ce' rasa macam dok rumah sendiri dan macam bermesra dengan mak abah kandung. Makan tak payah habaq la, kena paksa makan, tambah-tambah dengan lauk pauk kampung yang first kelaih na, pajeri rebung, ikan pekasam dan macam-macam lagi. Ce' tulih ni pun kecuq ayaq liur nih.

Tang nak balik UPM plak terasa la sedih sebab terpaksa meninggalkan keluarga yang pada mulanya terasa janggal tinggal bersama, namun dalam masa yang singkat terikat ukhuwah yang diharapkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kat bawah nih ada sedikit gambaq masa program tuh, enjoy na.

Keluarga angkat tercinta dari kir Zul, Masyitah, Mak, Abah, Ce'

Khamis, 9 Mei 2013

FOTOGRAFI MAKRO BHG. 3: De'BELAKANG RUMAH, w. EXTENSION TUBE + 18-55 KITLENS

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca, kali ini seperti yang dijanjikan dalam entry mengenai fotografi makro sebelum ini, saya akan kongsikan sedikit mengenai teknik pencahayaan yang saya guna untuk mengurangkan shadow kat subjek. Anda perhatikan betul2 gambar kat bawah nih, seperti yang saya beritahu, nampak agak AWKWARD, tapi ianya berkesan.



Kat bawah ni ada sedikit gambar yang diambil ketika cuti PRU13 yang lalu, dengan menggunakan kaedah pencahayaan kat atas, cuma saya menukarnya kepada botol air mineral sebab kalau pakai kertas cepat rosak sebab basah. Apa-apa pun semoga gambar kat bawah ni tidak menyakitkan mata anda dan akhir sekali....#BLACKOUT#...lol




Isnin, 22 April 2013

SEKEJAP SUNGGUH 4 TAHUN: HARI SPORTING MULTIMEDIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, entry kali nih nak emo banyak-banyak. Jadi 4 tahun sudah berlalu dan bakal mencari titik noktah tidak lama lagi. Titik noktah itu bukan bermaksud penamat cerita, tapi menandakan fasa baru akan bermula selepas itu.

Hubungan yang terjalin dengan sahabat-sahabat tatkala terimbau ketika mula-mula melangkah kaki ke alam Universiti sedikit sebanyak membuat diri ini tersengih keseorangan. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kenangan pahit dan manis. Kenangan-kenangan itu akan menjadi satu lembaran hidup yang akan tertanam dalam benak ini selagi hayat dikandung badan.

Segala apa yang terjadi adalah kehendak-Nya, kita bertemu, kita bermesra, dan kita berpisah. Walaupun kadang-kadang sukar menghadapi perpisahan, tetap jua ia singgah menjengah tali persahabatan yang diikat. Ibarat kata pujangga:

"Kita berpisah hanyalah pada jarak dan waktu, namun pada nyatanya, kita tetap bersama"- Mohd Zulqarnain
Ingatan tulus ikhlas untuk:
Iqbal, Kimi, Abang, Ryan, Fikri, Elias, Zul, Zati, Wani, Am, Lini, Zila, Iqlima, Teha, Syida, Syakira, Khai, Efamira, Huda, Amy, Lina, Asmaa, Ain, Syafika, Sumaiyah, Fasihah..........

"We do not remember days, we remember moments"- Ryan 

Kat bawah ada sedikit gambar "HARI SPORTING MULTIMEDIA"  untuk tatapan pembaca, enjoy...