Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 4 Mac 2013

FUTSAL (ALUMNI KPZ VS KPZ)

Hujung minggu lepas aku berserta pelajar-pelajar kolej kediaman aku yang lain berpeluang untuk beramah mesra dengan geng-geng alumni yang sudah berumur dengan bermain FUTSAL. Memang diorang semua sudah berumur dan ada yang sudah beranak pinak, namun umur bukan menjadi faktor untuk aktif bersukan.

Fikir punya fikir, terbayang pulak aku bagaimana aku nanti bila dah berumur, adakah perut semakin kedepan adakah rambut semakin kehilangan sumber untuk menumbuhi kepala aku nih. hahaha.

Kat bawah nih ada sedikit aksi-aksi alumni dan budak-budak kolej berentap di gelanggang Za'ba KPZ.




Khamis, 14 Februari 2013

#BALIK KAMPUNG #KUCING #REUNION #BBQ

Ho ho ho Balik Kampung...

Siapa tak suka balik kampung memang orang tuh dasar lupa daratan. Balik kampung nih adalah pada aku satu cara melepaskan stress kerana dapat jumpa mak dan ayah, adik-beradik serta saudara mara dan yang paling best jugak ialah dapat hirup udara kampung yang segar-bugar. Flora dan fauna yang menghijau dan meliar tidak jemu mempersilakan kehadiran pendamba ketenangan (ayat tahap novelis..kah..kah..kah).

Memang tidak pernah sia-sia walaupun sekadar seminggu menjengah kampung halaman. Aku nih tak suka tulis panjang-panjang ak cuma nak kongsi sedikit gambar ketika bercuti di kampung.

Kalau balik kampung tak sah kalu tak jengah kambing kat belakang rumah


Kandang kambing di halaman belakang rumah

Ahad, 3 Februari 2013

MANCHESTER UNITED MENANG & FAN MANCHESTER UNITED KAHWIN (AZFAR & ATIKAH)

Semalam baru lepas tengok Manchester United menang, dengan kemenangan itu maka beradalah pasukan favorite aku di atas carta liga EPL  mendahului jiran tetangganya Manchester City yang mana akan bertemu dengan Liverpool malam ini...come on Liverpool jangan jadi BANGANG untuk malam ni (bak kata Sukan Star- Laman Berita Sukan Yang Diulas Dengan Kaki).

Rooney menjaringkan gol kemenangan ke atas Fulham
Hari ini pulak, aku berserta satu rombongan member-member sehidup semati menghadiri Walimatulurus salah seorang Die Hard Fan MU, dan juga member kamcing aku di Batu Pahat, Johor. Berkalung-kalung tahniah dikalungkan kepada saudara Azfar dan Isteri, semoga cepat-cepat dapat anak dan InsyAllah dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Berbincang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi

Berehat menyahut seruan alam di Hentian Pagoh

Mempelai membelah kek pulut kuning, bagai pinang dibelah dua.

Bergambar kenang-kenangan bersama mempelai

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Sabtu, 19 Januari 2013

HARI PERTAMA BERUMUR 23 TAHUN: BROGA

Kalau tahun lepas di tasik Shah Alam, tahun nih pulak pegi Broga. Dah lama mengidam nak naik broga, 4 tahun dok UPM baru hari ni dapat peluang naik Broga, Umur dah meningkat naik, Broga yang rendah tu pon boleh semput, aishh!

Bertemankan 2 member (Faizuddin & Firdaus) yang setia sampai ke akhirnya (nah kau ayat emo tiba-tiba), lebih kurang 30 hingga 40 minit mendaki sebab ramai nak mampus orang mendaki, nak wat camner, dah pegi pon masa hujung minggu, mana tak ramainya.

Terima kasih kepada member-member yang ingat tarikh lahir aku (padahal sebab aku letak jer kat Facebook tu, kalau tak letak memang sampai sudah takde orang ucap selamat hari lahir kat aku...LOL). Hahaha, apa-apa pun terima kasih sekali lagi kat semua kawan-kawan aku kat Facebook yang sudi menekan keyboard mereka untuk mengucapkan selamat hari lahir.

Kat bawah ni ada sedikit gambar masa mendaki.




Ahad, 13 Januari 2013

HARI KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

KUALA LUMPUR MILIK RAKYAT!

Itulah yang mampu diluahkan melihat ratusan ribu gelombang manusia berarakan menuju ke Stadium Merdeka.
Bagi aku pula, mengikuti perarakan bermula daripada stesen LRT Universiti, sehingga ke Stadium Merdeka. Perjalanan sejauh 7Km itu tidak terasa keletihan keranan bersama ribuan mahasisiwa yang lain.
Keringat membasahi baju sepanjang perarakan yang disertai dengan pelbagai laungan dan sorakan menyatakan ktidakpuasan hati terhadap pemerintah sekarang.

YB AHMAD SABU BERSAMA MAHASISWA

10 RIBU MAHASISWA