Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 20 Oktober 2011

OLYMPUS E-PL1: SAMPLE 3 (UPM KONVO DAY)

ISO 100, 34mm, f/5.1 1/40sec 

ISO 100, 31mm, f/4.9, 1/40sec 

ISO 160, 36mm f/5.2, 1/30sec

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Ahad, 16 Oktober 2011

OLYMPUS E-PL1: SAMPLE 2

 ISO 100, 14mm, f / 3.5. 1/100 sec

ISO 100, 31mm, f / 4.9, 1/100 sec 

ISO 100, 42mm, f / 5.6, 1/100 sec

Apa-apa Pun, Semua Tangan Aku Yang Bikin!!!

Jumaat, 14 Oktober 2011

Olympus E-PL1: Sample 1



1/8, F3.5, ISO 200, WB AUTO

This photo was taken in recording studio in a dim light, I edited a little bit with the software that come in with the E PL-1. I've put some vignetting effect and some soft focus around the "Audio out socket".

Apa-apa pun, Tangan aku yang bikin!!!

Ahad, 9 Oktober 2011

KEKASIH BARU

Yay!
Setelah agak lama aku menantikan kehadirannya dalam hidupku,
akhirnya, penungguanku akhirnya bertemu garis penamat
bukan senang untuk memilikinya memandangkan ia sangat sukar untuk didampingi
segala keringat yang telah aku kerah selama ini telah membuahkan hasil
malahan ibu bapa ku juga telah membantuku sedikit sebanyak dalam usaha aku untuk mendampinginya
sekali gus menjadikannya milikku.

Hahaha!
Double Meaning tul perenggan kat atas tuh,
Apa yang aku maksudkan di sini ialah,
aku telah berjaya memperoleh salah satu benda yang aku inginkan,
iaitu Kamera,
bukan sekadar kamera digital biasa,
tapi kamera yang lebih berprestij berbanding kamera digital biasa,
namun kalau dibandingkan dengan kamera DSLR mungkin sedikit kekurangan,
walau apapun, buat masa ini, itu sahaja yang mampu aku miliki,
Kamera apa yang aku maksudkan tuh?
Inilah kamera tersebut:


Ya, gambar kat atas ni, mewakili kamera aku,
maaflah, satu-satu ni jer kamera yang aku ada,
so gambar sebenar kamera aku xde,
nanti aku upload kemudia yop,


Kesimpulannya,
aku bercadang untuk mengupload gambar-gambar yang telah aku ambil dengan kamera ini untuk tatapan umum,
aku masih berjinak-jinak dengan kamera ini,
jadi aku akan selongkar habis-habis apa yang kamera nih mampu buat,
kepada pengikut blog ini,
nantikan gambar-gambar yang bakal di muat naik dlam tangankubukantanganmu.blogspot.

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Isnin, 19 September 2011

VLOGGERS

Entry kali nih, aku nak share sikit pasal dunia vloggers.
Bunyi macam bloggers tapi sebenarnya vloggers nih bukan bloggers2 yang belambak wujud kat dalam dunia internet buat masa sekarang nih.
Bloggers nih, 'keje' diorang taip-menaip dan mengupload gambar2 dan juga video2
Tapi Vloggers pulak, keje mereka adalah merakam diri mereka sendiri sambil membincangkan apa2 topik yang mereka rasa mereka nak bincangkan dengan viewers2 yang mahu tengok.
Vloggers sekarang semakin banyak muncul terutamanya dalam kalangan remaja dan muda-mudi
Apa yang menarik mengenai vloggers ialah cara mereka menarik minat viewers untuk terus menonton video mereka. Kalau menarik, menariklah, kalau tak tengok 10 saat jer dah rasa tak nak tengok. Aku pun minat tengok vloggers neh sebab diorang 'cool'. ingat senang nak ngadap kamera dan cakap, pastuh nak upload kat internet untuk tatapan umum, kulit muka vloggers2 tak payah cakap, memang tahan segala-galanya...bukan setakat malu, maki, hamun dan macam2 lagi....Ini adalah antara vloggers2 yang aku subscribe kat youtube:


List kat atas nih adalah antara yang ada kat youtube, diorang semua nih juga boleh dikira antara yang terfamous, dan jika anda perasan, terdapat dua nama melayu dalam list yang aku bagi. Ye, kedua-dua mereka adalah rakyat Malaysia. Aku pun suka tengok video diorang...anda cuba tengok dan nilai sendiri la ye...

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!