Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 16 Jun 2011

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
KATEGORI 3: GAMBAR KETIKA MELANCONG
(p/s:Maaf sebab gambar ini membelakangkan pembaca)
Gambar diatas ini diambil ketika melancong di Pulau Redang, pemandangan yang memukau ini diambil dari atas sebuah gunung di resort Mutiara Redang, Pulau Redang yang mengambil masa selama setengah jam untuk didaki sehingga ke tempat di atas.

Gambar ini juga diambil di Pulau Redang, diambil sewaktu matahari terbit kira-kira pukul 7 pagi di hadapan tempat penginapan.  Di atas jeti dalam gambar menunjukkan beberapa orang pelancong lain menikmati keindahan waktu terbit matahari.

PENGGODAMAN SEDANG BERJALAN

Semalam kita digemparkan dengan berita mengenai laman web kerajaan dan laman web swasta digodam oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous dan berikut merupakan ciri utama laman web yang telah berjaya digodam.



Mengikut apa yang tertera dekat laman web yang telah digodam, tujuan Anonymous menggodam laman2 web ini adalah kerana kebebasan berinternet telah disekat oleh kerajaan Banyak laman web yang telah di sekat terutamanya laman web File Hosting.

Mengikut khabar angin, kumpulan Anonymous ini akan terus menggodam laman2 web kerajaan sehingga kerajaan mengangkat semula sekatan ke atas sebilangan laman web yang disekat oleh mereka dari diakses oleh rakyat Malaysia.

Rabu, 15 Jun 2011

TODAY IS WORDLESS WEDNESDAY DAY

Aku ada terbaca dalam satu blog pasal wordless day neh, hanya gambar sahaja yang menjadi isi entry anda, gambar tersebut menceritakan segala-galanya tanpa perlu anda menerangkannya menggunakan penulisan.

Ini adalah entry aku untuk wordless day:


Ahad, 12 Jun 2011

TRW NEWS: KELANTAN GAGAL BAWA PULANG PIALA FA

Jika tahun lepas Selangor menjadi penghalang Kelantan unutk membawa pulang Piala FA, tahun ini, Terengganu mengambil alih perananya daripada Selangor. Terengganu menewaskan Kelantan 2-1 dalam perlawanan yang boleh dikatakan amat sengit.

Kelantan berhempas pulas mempertahankan gol pertama yang dijaringkan oleh Nurul pada separuh masa kedua, namun kelekaan pertahanan Kelantan di saat2 akhir perlawanan menghukum mereka apabila gol penyamaan singgah di gawang Kelantan hasil gol sendiri daripada Daudsu.

Perlawanan kemudiannya diheret sehingga separuh masa kedua masa tambahan dimana Terengganu menjaringkan gol kemenangan mereka.

Kegagalan kali kedua berturut-turut buat Kelantan adalah suatu pengalaman yang perit, namun mereka tidak harus berduka cita atas kekalahan ini kerana misi besar mereka iaitu untuk menjuari Liga Super masih terbuka. Mereka juga perlu berhati-hati dengan Selangor dan juga Terengganu yang masih berpeluang memintas mereka.

Gomo Kelate Gomo!!!

Sabtu, 4 Jun 2011

PANAS TENGOK BERITA PANAS DI TV 3


Entry kali nih sungguh terkini dan sensasi macam TV3.

Cuaca yang panas kebelakangan ini membuatkan hari aku sedikit teruji, namun begitu, apa yang lebih menguji sifat aku sebagai manusia biasa ialah KEPANASAN BERITA TV 3. Stesen Televisyen TV 3 yang dikatakan stesen tv no 1 di Malaysia telah memaparkan berita yang agak panas selepas berita tersebut sejuk untuk beberapa ketika sejak mula disebarkan beberapa bulan yang lalu.


Apa sebenarnya motif Buletin Utama TV 3 menyiarkan berita panas tersebut.Ataupun diorang mendapat arahan daripada PIHAK ATASAN. Siapa tahu. Aku pun tak tahu.

Seingat aku TV 3 nih kalau masuk bab2 lucah diorang sensor apa yang patut, contohnya masa buat terjahan kat premis2 pelacuran, muka2 pelacur bukan main blur gila sensor dia. Tapi video yang disiarkan kali ini dan yang sebelum ini tidak pula disensor.
Jadi dengan berat hatinya aku mengutuk Stesen TV3 sebab tujuan diorang menyiarkan berita ini adalah semata2 untuk MENGAIBKAN SESEORANG.

Apa nih TV3, menyesal aku tengok siaran2 korang sampai sekarang, hampeh, katanya stesen no.1 Malaysia. Kalau korang benci sangat kat orang tuh tak payahlah nak aibkan dia sampai macam tuh skali. Korang tunggulah balasan Allah S.W.T...Kalau bukan sekarang mungkin kat akhirat nanti.

p/s:Ini sedutan Buletin Utama yang aku maksudkan tuh: Berita Panas

Aku cuba untuk tidak menyebut nama2 yang terlibat, korang yang membaca paham2 lah sendiri ye, dan rasanya klu tak tengok klip video kat link yang aku bagi kat atas tuh korang pun dah dapat tangkap siapa yang terlibat.