Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, untuk entry kali ini nak cerita sikit pasal program yang terakhir yang aku sertai buat kali terakhir sebagaipelajar Kolej Pendeta Za'ba khususnya, dan Pelajar Universiti Putra Malaysia amnya.
Dalam entry sebelum nih, aku dah melaram sikit pasal hidup selama 4 tahun di KPZ, UPM. Yela, ibarat orang kata, masa berlalu begitu pantas, buka tutp mata, dah sampai ke penghujungnya bergelar sebagai pelajar di UPM. 4 tahun yang diselangi senang dan susah telah mengajar banyak perkara yang mendewasakan diri aku, tapi banayk benda lagi nak kena belajar lepas nih, kerja, kahwin, tukar lampin anak, ulangtahun perkahwinan...hahaha...pendek kata, Belajarlah kamu sehingga ke liang lahad.
Ok, berbalik kepada program last yang aku join sepanjang diri bergelar sebagai pelajar. Kem Pemantapan Organisasi atau nama pendeknya KPO, yang buat ke berapa kalinya telah aku sertai. Persoalannya, adakah ianya seperti namanya? Dalam sedar atau tidak, program inilah yang telah sedikit sebanyak membantu menambahbaik kemahiran hidup yang selama ini aku tiada atau lemah. Zaman sekarang kalau akademik sahaja yang bagus memang agak susah syarikat2 nak terima kerja, dan secara kebetulan pulak tahap akademik aku pun takdelah sehebat Nur Amalina Che Bakri yang dapat berbelas 'A' dalam exam, dan sekarang tengah buat DOUBLE DEGREE.
Program KPO kali nih diadakan di Pulau Redang, spesifiknya, Mutiara Beach Resort Redang, jadi aku nak kongsilah sedikit keindahan ciptaan Allah S.W.T untuk dinikmati hambanya. Jadi harap-harap korang menikmati gambar-gambar kat bawah nih. Akhir sekali, Wabillahi Tawfiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, dan Selamat Sejahtera....
|
Sampai di Jeti, setelah 8 jam bersabung nyawa di atas Bas |
|
Jalan-jalan cari Souvenir |
|
Jeti menunggu ketibaan bot Resort |
|
Setibanya di Resort, beberapa jam lepas masuk Chalet, terus bersiap untuk ke Snorkelling |
|
Muka Alien bila pakai snorkeling set |
|
Belah petang, beriadah pulak di tepian pantai, bermain bola tampar |
|
Main lambung-lambung pasir, adalah permainan kegemaran kaum hawa bila di pantai |
|
Hari kedua lepas jer selesai solat subuh, terus keluar ke tepi pantai menunggu matahari terbit |
|
Pose action Kame berlatarbelakangkan Matahari Terbit |
|
Snorkeling lagi, kali ini di site yang lain pulak |
|
Lompatan yang tak seberapa ke dalam laut sebelum meneroka coral yang cantik |
|
Aktiviti last di pulau, Hiking, amik masa 20 minit untuk sampai puncak |
|
Pemandangan yang indah tidak mampu menghilangkan penat dahaga mendaki |
APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!